Saturday, September 5, 2009

kong2 lagi..hehe

copy from pittaro..

khamis lepas komplot tak terancang dianggotai kawan bertiga termasuk Man dan hairie
dengan berumpankan ikan selayang udang kopek dan sedikit udang hidup (mana tahu boleh melayan siakap...hehehe... :D)
target ikan merah dan yang sama spesis denganya setelah segalanya selesai kami bertiga betolak "kemana???" "mana lagi kalau bukan kong-kong"setelah sampai dan sarapan kami terus ke jeti cik mat sambil seorang sedang menuggu ketibaan kami
kali ini kawan menggunakan driver (tekong) setelah semua barang dihumban kedalam bot apa lagi cabottt...hehehe...:D


masing-masing sedang membaca ayat-ayat jampi


setelah sekian lama menjampi akhirnya muncul jugak satu permulaan yang agak baik


spesis wajib yang menghuni didasar yang suka makan free bergaya sungguh man dengan topi koboinya...hehehe... :D


tapak sulaiman pun turut serta dalam kenduri makan free


aksi-aksi menggairahkan dari tekong


ingatkan merah sekali kerapu tak siap daaa...


beliau lagi(duri) lepas beliau beliau lagi

pada pagi itu air sedang surut setelah air mati terjadi satu kejadian yang agak menggerikan setelah joran hairi85 berumpankan udang hidup yang nyawa-nyawa udang dihulur selang beberapa minit ada getuan kecil dihujung joran sambil memegang kemas sentapan padu dibuat joran melentur tali 30paun keluar mencurah-curah dari kekili daiwa beliau


layan jangan tak layan

semakin lama semakin jauh tali dilarikan drag diketatkan hampir semaksimum itu pun macam takde apa yang berlaku ikan terus menyelamatkan diri dengan membawa diri yang luka(dimulut)...TIBA-TIBA.....PRAAAKKKK....


joran berkekuatan 15-30lbs patah tapi tali masih tak putus

memandangkan ikan lebih gagah dari joran maka hairi85 terpaksa melayan karenah ikan dengan joran kontot setelah sekian lama bertahan tali 30paun putus tak tahuler bergesel dengan apa...huhuhu... :cry:


menangis tak berlirik dibuatnya...hehehe... :D

selepas itu tekong pulak terkena sentapan begitu beliau terus mengetatkan drag dan...TTTUUUSSSS...


muncul pulak obor-obor ditepi bot dan lalu berkata PADAN MUKA KO PIT TU LAH MENDERHAKA LAGI KAHKAHKAH...

keputusan oleh juri
tangkapan terbanyak ikan duri tak tahu berapa banyak tak terkira pulak
tangkapan tersikit ikan merah seekor
tangkapan terlepas dua kali pergi tak kembali
tangkapan khas beli joran baru kat kedai